Sunday, March 8, 2009

Salam Sejahtera wahai kekasih Allah.....

Alhamdulillah, dengan nikmat Allah yang amat banyak lagi luas, kita lagi sekali dapat bertemu dalam bulan yang penuh barakah lagi termulia..bulan Rabiul Awwal, dimana disitu terlahirlah insan Agung yang dikasihi bukan sahaja Tuhan, bahkan semua makhluk Allah di muka bumi ini.

Marilah sama-sama kita mengenangkan kembali kehebatan Baginda, yang diutuskan sebagai Rahmat buat semua...........

selama 3 minggu berturut-turut, alhamdulillah selesai sudah kuliah subuh yang dimanahkan kepadaku...maka, terasa ingin berkongsi sekdikit kandungan yg telah aku share kepada para jemaah Muhajirin selama 3 minggu : Tajuk yg diamanahkan adalah : "Penerapan SUNNAH Rasulullah di dalam kehidupan seharian manusia ". Maka points kandungan dalam minggu pertama adalah seperti berikut :

1- Sebelum kita membincang mengenai sunnah, marilah kita mengenal terlebih dahulu empunya sunnah yang kita nak ikut itu dulu, supaya ikutnya kita sunnah itu atas dasar cinta kita pada Nabi.

2- Kewujudan Nabi di dunia ini untuk sekelian umat manusia. Tidak terbatas pada umat Islam sahaja. Oleh itu, perlu kita percikkan segala kebaikan kita pada semua...jiran tetangga, sahabat handai, rakan sekerja dan sebagainya.

3- Perlu untuk mencintai Baginda supaya lebih mudah untuk mengikuti segala ajaran dan Sunnahnya. Di dalam sebuah hadis yang bermaksud :

" Belum sempurna iman seseorang itu sehinggalah Aku(Rasulullah) adalah manusia yang paling dicintainya lebih daripada kedua ibu bapanya, anak2 nya dan sekelian manusia lain ".

4- Perlu berhubungan terus dengan Nabi, agar tauhid dan akidah kita terjaga da selamat. Bagaimana? Dengan menjaga kewajipan Solat dan juga Selawat.

Tidakkah kita diberitahu oleh Baginda, bahawa segala doa tidak akan sampai pada Allah melainkan terlebih dahulu selawat keatasnya? Tidakkah juga Nabi pernah mengingatkan kita, bahawa setiap umatnya apabila memberi salam dan sejahtera kepada nya dengan mengatakan : "Assalamualaika Ayyuhan Nabi Warahmatullah Wabarakatuh...", maka Nabi sendiri akan membalas salam kita? bukankah ucapan salam itu merupakan wajib dalam Solat kita?lihatlah paling kurang 5 kali solat sehari kita memberi salam kepadanya... tidakkah itu semua menunjukkan bahawa kita masih lagi berhubungan dengan Baginda? subhanallah....

5- Apabila seseorang itu berjaya meletakkan Nabi di dalam dirinya, maka akan terpacarlah segala keindahan akhlak, berjiwa murni serta berbudi mulia, kerana sebenarnya, beliau berjaya menjadikan Nabi sebagai Uswah Hasanah (contoh yang baik) dalam setiap aspek kehidupannya.

6- Akhir sekali, orang yang berjaya mengamalkan Sunnah Nabi ialah pada hakikatnya orang itu berjaya menghidupkan Nabi di dalam dirinya.

Pada minggu kedua pula, saya lebih banyak menyentuh tentang Sunnah itu tersendiri :

1- Definisi Sunnah mengikut ulama Hadis, iaitu : Segala yang terkeluar dari Rasulullah samada daripada percakapannya, perbuatannya, pengiktirafan, dan juga segala sifat luaran ciptaan(khalq) dan juga dalaman (akhlak terpuji), samada sebelum diutuskan menjadi Nabi mahupun selepasnya, dan juga Sirah....

2- Jenis2 Sunnah : Adakah segala yang terlahir dari Nabi itu merupakan kewajipan kepada kita untuk diikuti? dalam erti kata lain, adakah semua Sunnah itu disyariatkan ataupun tidak?Bagaimana kita nak tahu?

Disini saya kasi contoh, sunnah memegang tongkat ketika berkhutbah :) , membaca surah al-a'la dan surah Al-Ghasyiah dalam solat Jumat....dengan xplain sedikit sbnyak mengenai konteks kita di Singapura ini dinama waktu Jumat merupakan waktu 'lunch' para pekerja....jadi adalah perlu untuk kita meringkaskan solat kita,,untuk kemaslahatan para pekerja kita. InsyaAllah, tidak melanggar sunnah pon...malah menepati ruh syariah Islam dalam menjaga kemaslahatan umat. (bab ini telah luas dibincangkan dalam Maqasid Syariah - spirit/objective of syariah, sila lah baca karya Dr. Yusuf Qaradawi, Ibn Ashur dan Syatibi )

begitu juga janggut...adakah ia satu sunnah yang disyariatkan? sehinggakan sekiranya kita potong menyalahi sunnah ?

untuk ini, saya mencadangkan agar membaca buku 'Bagaimana nak berinteraksi dengan Sunnah' oleh Yusuf Qaradawi untuk mengupas lebih mendalam lagi dalam masalah2 ini.

3- Peranan dan kedudukan Sunnah dalam kacamata Islam :

- Sebagai sumber kedua dalam mencari hukum syarak
- Sebagai manhaj yang bersifat global, moderate,lengkap (syumul), seimbang dan mudah (manhaj taysiir)

4- membincangkan sedikit sebanyak mengenai golongan Anti-Hadis

Minggu yang ke-3 pula, saya menyentuh mengenai kesan Sunnah di dalam kehidupan manusia, dan bagaimana cara kita nak hidupkan Sunnah?

1- Dengan sentiasa menghadiri kuliah agama, mendengar ceramah2, menghadirkan diri ke masjid, kerana disitu pasti akan disebut hadis2 Nabi sollallahu alaihi wasallam oleh penceramah.

2- membaca sejarah Baginda....bukan setakat sejarah perang, malah lebih utama dalam konteks Singapura yang berbilang kaum ini, baca sirah bagaimana Nabi bergaul dan berinteraksi dengan masyarakat majmuk di sekeliling Baginda. Lihatlah bagaimana Baginda memimpin rumahtangganya....mencurahkan kasih sayangnya kepada isteri2nya, anak2 dan cucu2nya...

3- kemudian, membaca kisah2 orang yang berada di sekeliling Nabi, iaitu para Sahabat....lihat bagaimana cintanya mereka pada Baginda, serta bagaimana kesannya pada diri mereka apabila Rasulullah ada dalam diri mereka.

4- Basahilah bibir kita dengan berselawat keatasnya....dan berdoalah mohon pada Allah agar dikurniakan kecintaan kita pada Baginda.

Insya-Allah, dengan keikhlasan hati kita dalam mencari ketenangan dan kebenaran, kita akan dibantu Allah....jgn risau...yakin dan usaha....yakin bahawa Allah akan bantu kita dalam mengharungi segala aspek kehidupan kita...mintalah Allah kurniakan kita sifat cinta dan rindu pada KekasihNya....semoga yg demikian, kita akan sentiasa mendapat lindungan dan rahmat Allah s.w.t.

Bersempena dengan Maulid juga, satu buku yg ingin direkomenkan, iaitu buku yg terpampang di bawah ini :




karya : Amru Khalid, seorang cendekiawan Mesir...telah diterjemahkan dalam bahasa melayu.
pada saya, bahasanya mudah...berbentuk motivasi, tidak terlalu berat....insyaAllah terkesan dengan apa yang nak disampaikan oleh Beliau.

Kullu aam wa antum toyyibun Ya Sayyidi Ya Rasulallah !

No comments: