Saturday, November 29, 2008

Nikmat yg dikecapi oleh masyarakat Islam Singapura (intro)



Segala puji bagi Allah s.w.t tuhan semesta alam...

Selawat dan salam diucapkan kepada junjungan Baginda Sayyidina Muhammad pembawa rahmat kepada sekelian alam...

Sedang dunia masih diganggu dengan kelembapan dan kemelesetan ekonomi, dunia dikejutkan pula dengan serangan kejam para pengganas di India..aduuuh sungguh sakit hati ini hendak menerima hakikat yang sememangnya ia tidak berperikemanusiaan langsung.........serangan seperti itu kadangkala memang tidak diduga namun ia tidak mustahil berulang-ulang sehingga bila pon saya tk tau.

pasti kita tanak lihat perkara itu berlaku pada negeri kita kan? Sebab itulah pada setiap akhir khutbah, khatib selalu membaca doa supaya kita dihindarkan dari segala bala' dan fitnah yg berlaku keatas negara kita...adakah anda perasan? doa dalam bahasa arabnya berbunyi :

"Allahummad fa'annal balaa wal wabaa wal fitan wazzalazila wal mihan ma zahara minha wama batan an baladina haza khassah, wasaairal bilaadi ammah...innaka ala kulli syai'in qadiir ".

yang bermaksud : "wahai Tuhan kami, jauhilah kami dari segala bentuk balaa dan penyakit, fitnah , gempa bumi dan bencana, samada secara terang mahupun sembunyi, yang berlaku keatas negara kami khasnya, dan seluruh negara amnya...sesungguhnya Engkau berkuasa atas segala sesuatu..."

Ameen ya rabbal alameen....

sekali lagi saya tanya,,,pasti kita tanak perkara ni berlaku pat negeri kita betul tak?? siapa yang nak lihat negeri kita kocah kacir disebabkan ada pergolakan politik ke...keagamaan ke...atau perkauman ke yang pernah berlaku suatu ketika dahulu ?? siapa nak lihat anak-anak kita membesar dengan dalam keadaan ketakutan...takut didiskriminasi kawan bukan sebangsa dengannya, takut naik MRT disebabkan ada bom dsb..?? siapa yang ingin melihat cacian dan makian jalan teruss antara jiran sebelah menyebelah?? malahan scenario2 sebegitu sangat bercanggah dengan tujuan Islam sebenar yang inginkan kebaikan dan kesejahteraan buat umat manusia dimana kitalah yang diamanahkan untuk memakmurkan dunia ini...

teman yg disayangi sekelian,
kita sebenarnya sedang menikmati setiap detik kehidupan kita di Singapura ini...bersyukurlah negara kita ni tak seperti negara lain....bukan senang nak duduk sebumbung dengan penduduk yang berbilang bangsa dan agama.....bukan senang nak wujudkan perpaduan kaum dan sifat saling hormat menghormati antara satu sama lain....lebih2 lagi dunia globalisasi dengan adanya internet dimana segala bentuk informasi dan pemikiran boleh diambil tanpa sempadan dan batasan.....

namun, hari ini...pada detik ini....masyarakat Singapura masih lagi boleh dikatakan hidup dalam aman damai, hormat menghormati antara agama dan kaum serta persefahaman yang baik wujud di kalangan masyarakat kita................ini merupakan nikmat....sekali lagi saya tekankan, NIKMAT wahai teman.

Nikmat2 yg kita kecapi selama ini bukanlah sesuatu yg datang bergolek...pokok takkan bergoyang kalau tidak ditiup angin....ia memerlukan usaha gigih para pemimpin, guru2, para Asatizah dan masyarakat semua dalam merialisasikan impian kita...

sebab itulah kadang saya rasa sedih bila mendengar segelintir masyarakat Islam kita masih tidak menyedari hakikat ini....masih lagi tidak sedar bahawa ini merupakan satu nikmat...mereka2 ni suka melihat pada kekurangan..dan tidak lihat pada yang sedia ada....masih meminta hak itu dan hak ini...ada yang masih dengan pendekatan tegas ' asyiddaa ' dalam satu2 isu agama....yg ingin diperjuangkan ialah isu cabang agama sebenarnya yang dilihat sebagai satu isu besar..kononnya ia merupakan isu akidah...takut sgt dimurkai Allah sampai tahap tidak bersangka baik pada Allah...bukankah rahmat Allah itu melebihi kemurkaannya?? kononnya itu sunnah yg mesti ditegakkan...sedangkan isu2 itu sudah jelas dikhilafkan ulama....isu yg berbentuk zhonni...mungkin mereka kurang bijak dalam berinteraksi dan bermuamalah dengan sunnah...atau tesilap membezakan antara sunnah dan sirah...

sebenarnya apa yg ingin dicapai syariat Islam adalah lebih besar daripada yg disangka....setiap individu muslim sepatutnya sama2 memikul amanah ini untuk mencapai tujuan syariat Islam yang besar. Inilah yg dinamakan khalifah....

tak sangka dah panjang pula intro saya ni...saya sebenarnya nak kongsi akan apa yg saya lihat selama ini nikmat2 yg sedang dinikmati oleh masyarakat Islam Singapura....yang atas tu semua kira macam 'problem statement' la ...saya juga tidak menolak kepastian masih ada juga ruang2 kelemahan yg perlu kita perbaiki....saya akan bahagikan tulisan saya ini kepada 3 bahagian :

1- nikmat Masjid di Singapura ini.
2- tempat tinggal kita , kehidupan berjiran...
3- kehidupan keagamaan kita di sini

Insya-Allah kita jumpa lagi pada masa akan dtg ~

No comments: